KUMPULAN Nitrus mula dikenali apabila single mereka, Hujung Dunia menjadi lagu latar untuk drama dan filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauley.
Sejak itu, setiap karya dihasilkan kumpulan dianggotai Edriely Ibrahim (Eddy-vokal), Syed Helmy Syed Hood (Syed-gitar), Mohd Azie Mohd Isa (Bob-bass) dan Iskandar Shah Ali (Is-dram) menjadi perhatian pendengar muzik tempatan.
Menarik mengenai lagu yang dimuatkan dalam album Nitrus ini, ia bertunjangkan rock, tetapi mempunyai cita rasa pelbagai. Malah apabila menghayati lagu Resah, pengaruh irama brit pop cukup kuat. Riwayat dan Selalu di Hati pula pengaruh ska dan pop menjadikan ia mudah diterima dan muziknya begitu ringan.
Dalam erti kata lain, album Nitrus agak seimbang dari sudut melodi dan penyampaian. Malah susunan muziknya berada di tahap baik. Persembahan permainan instrumen juga terkawal dan seiring dengan vokal dipersembahkan Eddy.
Paling menarik perhatian dalam album Nitrus ini apabila mereka turut menampilkan lagu bertemakan ketuhanan, Tuhan ciptaan vokalisnya. Penyampaian liriknya mudah untuk difahami dan ia kedengaran sangat jujur.
0 Comment kat aku:
Post a Comment