banner 1

Wednesday, April 22, 2009

Lydias Diery


Lydias Diery ditubuhkan sekitar tahun 2004 yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Shah Alam yang ingin mencuba nasib bertanding dalam Battle of The Bands yang dianjurkan oleh para pelajar UiTM. Nama Lydias Diery diberi apabila salah seorang anggota kumpulan ini menemui sebuah diari yang dimiliki oleh seorang gadis bernama Lydia. Penemuan diari Lydia ini telah memberi inspirasi kepada kumpulan kugiran ini untuk menghasilkan lagu-lagu berdasarkan catatan yang ditulis oleh Lydia.


Muzik Lydias Diery dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan luar negara iaitu The Wannadies, The Calling, Lifehouse, Oasis, Hoobastank, Silverchair, Dewa, Padi dan Nidji. Lydias Diery menggabungkan kreativiti melodi, permainan ‘Guitar Riffing’ dan teknik ‘Falsetto Voice’ dalam penghasilan lagu-lagu mereka. Lydias Diery melabelkan muzik mereka sebagai Alternative dan Pop Rock iaitu dengan ‘4 chords finggering’, bunyi gitar yang berat dan permainan drum yang bercorak Punk dan Pop.

Pada awal pertubuhan Lydias Diery, mereka dianggotai oleh 4 ahli iaitu Botaq, Aus, Lee Ja dan Asrap. Pada tahun 2005, Aus dan Lee Ja mengundurkan diri dari Lydias Diery dan penguduran mereka telah mengubah posisi dalam kugiran ini dengan menambah 3 lagi anggota baru menjadikan ahli kumpulan Lydias Diery kini menjadi 5 orang dengan menambahkan bunyian keyboard sebagai satu lagi instrumen dalam muzik Lydias Diery.



DOWNLOAD HERE :





MYSPACE :

1 Comment kat aku:

Anonymous said...

geng2 budak pekida diorang ni... vokalis dia member aku kt penang

Post a Comment