banner 1

Wednesday, February 04, 2009

Elektrik Retro

Pada pertengahan tahun 2003 band ini pada mulanya adalah bernama Limited Garden yang dianggotai oleh iqbal = gitar&vokal, ashraf.d = bass dan afdhal = drum. Kami pada masa itu memainkan muzik berkonsepkan grunge dan merekod demo pertama yang bertajuk bank negara malaysia, pada tahun awal tahun 2005 zul = gitar kedua menyertai band kami dan pada masa itu juga kami telah menukar konsep kepada brit pop dan kami merekod demo kedua kami yang berjudul H.i.V.

Setelah bermain dibeberapa gig pada penghujung tahun 2007 nama band ini ditukarkan kepada ElektrikRetro dan pada masa yang sama azim dibawa masuk ke dalam band ini sebagai vokalis utama dan pada ketika itu juga kami sekali lagi menukar konsep kepada garage rock/art rock kemudian kami sekali lagi masuk studio untuk merakamkan demo yang bertajuk antarabangsa yang biasa sesudah membuat rakaman iqbal merasakan ingin menambah bilangan ahli band bagi menghasilkan muzik yang lebih baik daripada yang sebelum ini, kemudian rafizul = seksefon, aidili = trombon dan hizami = papan kekunci dipelawa untuk menyertai EletrikRetro. Matlamat utama band ini adalah untuk menghasilkan muzik yang berkualiti. Walaupun begitu, perjalanan masih jauh kerana kami masih muda banyak perkara yang perlu dilakukan sebelum mencapai matlamat itu.



DOWNLOAD HERE :

0 Comment kat aku:

Post a Comment